Berterus Terang

Thursday, May 27, 2010 4:04 AM by Belle Bedazzled
Berterus terang memberi maksud; satu perbuatan bersikap jujur terhadap diri sendiri, orang lain dan persekitaran kita tentang sesuatu perbuatan yang dianggap tidak sepatutnya dilakukan. Selalunya kita akan berterus terang bila kita telah melakukan kesalahan, menipu, mengaku bersalah, berahsia, meluahkan kejujuran kita dan lain lagi perbuatan yang mendorong kita untuk berterus terang supaya kita bertanggungjawab terhadap apa yang telah kita lakukan.

Tak semua perkara kita mampu untuk berterus terang...
Sebab kadang-kadang ade perkara yang mungkin boleh menyebabkan satu perselisihan faham, pergaduhan ataupun ia mungkin boleh melukakan hati seseorang..
Tugas untuk berterus terang sangat berat...tapi hasilnya memang sangat berpuas hati...
sebab sampai bila kita nak simpan perasaan yang boleh mengundah gulanakan hidup ni??
bila dah lepas...legaaa...lapang rase dada ngan kpale otak nih...


Pada belle, (aku la sape lagi) dalam perhubungan sangatlah penting untuk kita berterus terang.
Tak kira la dengan keluarga ke, cikgu ke,adik beradik ke, dan semestinya dengan buah hati sendiri. Contohnye la kan, kalau kita tak suka dengan keadaan sesuatu perkara atau dengan siapa-siapa, kita patut ---> Berterus terang...

pada post kali ni sebenarnya nak mengomel tentang..
"Berterus terang seandainya kamu tidak lagi suka padanya"
chaiit..brape punye panjang daaa tajuk entry....
situasi begini akan berlaku pada---?
mereka yang dah bosan pada pasangan mereka...
sama ada pasangan mereka adalah antara;
1.GF & BF
2.Teman Tapi Mesra
3. Aku Scandal (wakakaka) Scandalicious laa..


okeh..here we go..
Pada permulaan perhubungan semuanya indah..bergayut berjam-jam sampai telinga naik bengkak pun tak pe kan?kan?...kopek sini kopek sane..korek sini korek sane korek sini...lukis sane..lukis sini...tentang ceritera kehidupan masing-masing..berkongsi minat yang same..and all other stuff yg kononyer menyeronokkan apabila dua manusia bergabung idea membuat sesuatu..Hari pertama sesi ice breaking..kenali diri pasangan anda..
Masuk hari kedua&ketiga dah mula langkah dua tiga peringkat cm dh kenal lame..
bila dah seminggu terus nak jumpe..
ade yang jumpe..nak jumpe lagi..then ade pulak --->
bila dh jumpa tgk2 xberkenan mula la menggelabah nak cari idea untuk elakkan diri...

owhkay..untuk sesape yang nak kekalkan hubungan tuh smpai ke anak cucu (so then sudaa declare jadi GF&BF) diorg mesti la dah drowning dlm dunia sendiri..adalah menjadi kepentingan untuk mereka BERTERUS TERANG sesama sendiri tentang perasaan masing-masing ataupun tentang perkara-perkara asas yang perlu pasangan masing2 tahu...tapi berhati-hati..
sebab ade perkara-perkara yang kita tak boleh kongsi dengan si dia demi menjaga kepentingan hati dan perasaan kedua-dua belah pihak...so andai kata kamu dah tak serasi bersamanya ambil masa dan fikirkan tempat yang sesuai untuk Berterus Terang kepadanya. Ungkapkan ayat dengan penuh bahasa yang sopan dan penuh dengan kesusilaan.. Memang konfem salah seorang dari pasagan tersebut mesti tangkap leleh ngn frust menonggeng punya...tapi apekan daya...
dari terus membiarkan kisah chenta itu tergantung saja tanpa tali...
hish..hish..

and ade satu situation untuk si sekandal-sekandal penyendal yang ade kat luar sane...
jika anda berada dalam kelompok org yg menyebabkan sekandal sekundal..so be alert of these points!
---> Kalau korang dah rimas dgn pasangan anda tuh terus terang je..
sebab ---> jangan biarkan pasangan anda menjadi seperti monyet...hahah maksudnye jangan bagi dier terpinga-pinga dengan status hubungan diorang..so secara tidak langsung mereka akan lebih merimaskan awak sekalian yang dah tersedia rimas..
fakta 1---> lagi lame korang simpan lagi parah...so nanti kesian kat diorang syok sendiri..awak dh dikire mempermainkan perasaan orang lain...
fakta 2 ---> hidup ni ibarat pusingan roda...hari ni awak buat dia..besok lusa kena balik kat batang idung awak sendiri...

hakikat ---> manusia tak pernah terkecuali dari melakukan kesilapan...
walau tinggi mane perasaan bersalah anda pada dia..lepaskan saja...
mungkin anda semua rase yang berdiam diri adalah lebih baik supaya at the end of the day tiada siapa yang akan terluka... Salah tuh.. semua masalah perlu di selesaikan...
andai benarlah dalam hati tiada lagi perasaan yang berbunga bahagia antara kamu berdua...
dengan lafaz BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM....
Berterus Teranglah dengan SEJUJURNYA...
Mungkin pahit untuk ditelan...
tapi biarkan ia berlaku sekarang..
daripada membiarkannya menjadi kudis...
Sekurang-kurangnya parut dalam jiwa hanya ibarat jari yang luka terkena hirisan kertas daripada ianya menjadi besar atau buruk bak parut yang di sebabkan oleh kudis yang anda tinggalkan...
haish..bermadah berhelah pulak...

the moral of the story...
tanamkan sifat BERTERUS TERANG dalam diri supaya kita boleh menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab
terhadap apa yang telah kita lakukan.



2 Response to "Berterus Terang"

  1. Ejump Says:

    really gud post..love it..n i pna buat 1 topik bout diz.. "Berterus Terang lalu menyakiti hatinya or Berahsia demi menjaga hatinya".. n rmai yg choose Berterus Terang..haha..but tu la, xsmua org leh time ape yg kita nk ckp..kdg2 rasa geram pn ade bile da bterus terang tp org xle nak time..huhu...

  2. Belle Bedazzled Says:

    setuju..setuju..
    bile dah berterus terang mmg susah nak telan..gulp!!..telan air liur je laa boyeh..huhuu..it depends on situation laa..ape yg penting kejujuran..walau pahit macam mane pun terpaksa..sebab itu ubat!!