UiTM Segamat (^_^)

Yesterday i went back to my university (UiTM Segamat diHatiku)..
CLEARANCE and clarified status as graduated and completed my studies there..
I'm so thrilled to meet 'The Gangs' = Yna,Maz,D,Ezy and Aien..(Luv ya all!!missed ya already) Muaaahhhhxsss...xoxo...

Everything went smoothly without any barriers or probe...Alhamdulillah...
Also take some copies of Mini Transkrip for future use before the graduation day..
(but dapat yang lopek pnye print atas kertas A4 je..kdekut btul la HEA Sgamat neh)
Have some chit-chat with En. Halim (Coach) and Pn. Diana (Lecturer) and MIP a.k.a En. Ismail (Lecturer) ...heard bad news and good news about other lecturer from them..Miss Rabia accident and Puan Azura got baby boy!!uhuuuu..isk..isk..isk...

Its been a hectic day...my foot getting bengkak already cuz gatal sangat pakai heels...ngeeehehe...abis tuh dah takde kasot lain...cuz smlam kerja half day...pas keje tros grak g bas stand...

Penat Tapi Syok!!Jmpe teman-teman
Kepada kengkawan UiTM Johor, Sile la buat clearance!!
Supaya Diploma "kome" smua tidak DiTAHAN =P

Confused..

I really don't know how to 'exfoliate' my feelings right now...

Betul ke ape yang aku buat ni...

Nak sokong?? atau nak bangkang??

aku betul-betul berada dalam dilema...

aku sedar aku tau ni semua salah aku..

entahlah...aku sedih sangat sebenarnya...

sebab hidup dengan rasa bersalah setiap hari...

setiap masa...

setiap waktu...

setiap nafas...

haruskah aku terus berdiam diri?

atau terus terang tentang semua isi hati...

bagai di telan mati mak, di luah mati bapak...

aku keliru....



bagai sedihku tidak berujung

Rough Week

It's been a while i left this blog behind...
Kinda busy..Working...
So many damn thing happened to me and my ayang last week..

SUCKS!!


iT started coz of goofy thngs..one tiny little probe that kills my respect to the 'respective' people..
Hey b*tch!! Really don't care 'bout u anymore!!
u're such a jerk!!
no wonder la, so many people out there hated U!!
Once u makes my ayang and me myself being hatred, especially by the 'respective' people..
'till forever u reserved my vengence laa!!

HATE U!!

WILL NOT FORGIVE U!!

F*CK U!

Santa Malaysia

PM Goodies a.k.a "people-friendly"

11:53 AM by Belle Bedazzled 0 comments
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan Amanah Saham Satu Malaysia (AS 1Malaysia) dengan 10 bilion unit sempena 100 hari pertama beliau menyandang jawatan Perdana Menteri yang keenam.

Ia antara 11 pengumuman penting - yang mengambil kira kepentingan dan kebajikan rakyat pelbagai lapisan - dibuat oleh Perdana Menteri di ibu negara pagi semalam pada majlis "100 Hari Najib Bersama Rakyat".

"Selaras dengan usaha kerajaan untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk melabur, kerajaan telah bersetuju bagi PNB (Permodalan Nasional Berhad) untuk menubuhkan satu lagi tabung unit amanah baru iaitu Amanah Saham 1Malaysia.

"Tabung unit amanah baru yang akan dilancarkan tidak lama lagi ini akan dibuka kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan akan mempunyai saiz sehingga 10 bilion unit tertakluk kepada permintaan semasa," kata beliau yang juga Menteri Kewangan.

Jelas beliau, penubuhan tabung unit amanah baru itu sesuai selaras dengan jangkaan pemulihan ekonomi dalam tempoh separuh tahun kedua tahun ini.

"Tabung ini dijangka akan memberi peluang pelaburan kepada pelabur untuk menikmati pulangan pendapatan yang berpatutan dalam tempoh jangka panjang," katanya.
Penubuhan itu merupakan langkah tambahan kepada dana amanah saham sedia ada. Kata Najib, menjelang 2010 seramai 10,000 isi rumah miskin tegar di bandar akan diberi sebanyak 10,000 unit untuk mereka di bawah senarai E-Kasih.

"Dalam rangka untuk meratakan kemakmuran kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta untuk skim Amanah Saham Wawasan terutama bagi golongan miskin tegar di bandar.

"Skim ini bertujuan untuk meringankan bebanan mereka terutama di hujung tahun bagi menampung keperluan persekolahan anak-anak.

"Menjelang 2010 seramai 10,000 isi rumah miskin tegar di bandar akan diberi sebanyak 10,000 unit untuk isu rumah di bawah senarai E-Kasih," katanya.
Selain itu, Najib juga mengumumkan bahawa pengguna lebuh raya 80 kali dan lebih dalam sebulan akan mendapat potongan 20 peratus berkuat kuasa 1 September ini.

Lain-lain bidang pendekatan yang diumumkan ialah:

- Dana Tekun ditambah sebanyak RM150 juta bagi faedah peniaga dan penjaja kecil.

- RM15 juta lagi diperuntukkan khusus untuk kegunaan masyarakat India melalui program pembangunan usahawan muda.

- Lesen memandu: Kadar baru bagi pengambilan lesen motosikal baru kelas B2 (250 cc ke bawah) dikurangkan sehingga RM211 berbanding RM500 hingga RM700sekarang. Inisiatif baru ini berkuat kuasa mulai 1 September.

- Program Perumahan Rakyat: Ditawarkan kepada warga Wilayah Persekutuan yang menyewa rumah di bawah Program Perumahan Rakyat untuk membelinya. Sebanyak 44,000 unit disediakan.

- Peniaga dan penjaja kecil: Pengurangan 50 peratus kadar bayaran pembaharuan lesen penjaja dan peniaga kecil di Wilayah Persekutuan berkuat kuasa serta merta. Ia melibatkan antara RM10 hingga RM700 setahun. Menyeru kerajaan-kerajaan negeri yang lain mengambil langkah yang sama.

- Tambah pengeluaran permit teksi: Jumlah permit teksi individu ditambah sebanyak 3,000 dalam tiga bulan lagi.

- Mencegah jenayah: Kerajaan komited untuk mengurangkan kadar jenayah, antaranya yang berleluasa seperti ragut dan pencurian kenderaan. Perincian langkah -langkah pencegahan konkrit akan diumumkan penghujung bulan ini.

- Pendaftaran kelahiran: Mahu Unit Bergerak Jabatan Pendaftaran Negara khususnya di Sabah dan Sarawak terus diperkemas bagi memberi bantuan dan kemudahan yang lebih luas kepada penduduk di pedalaman untuk mendaftarkan kelahiran anak.

- Kewarganegaraan: Usaha untuk menyelesaikan baki permohonan yang belum diputuskan akan dipergiatkan dengan sasaran penyelesaian sepenuhnya penghujung tahun ini. Jumlah permohonan tertangguh pada 1 November 2008 adalah sebanyak 34,000 dan sehingga Jun 2009, 46 peratus telah selesai dibuat keputusan.

- Infrastruktur: Pelaksanaan program people centric seperti jalan luar bandar dan kemudahan bekalan elektrik dan air akan dipertingkatkan terutama di Sabah dan Sarawak. Kerajaan akan menggandakan pembinaan jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak daripada 750 kilometer yang dibina dalam Rancangan Malaysia Kesembilan kepada 1,500 kilometer dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10 dan di Semenanjung Malaysia, kerajaan akan meningkatkan pembinaan rangkaian jalan demi kemudahan rakyat.

Bersangkutan liputan bekalan air yang boleh diminum kini berada pada tahap 52 peratus di Sabah dan 61 peratus di Sarawak. Ia akan ditingkatkan. Penekanan yang sama juga akan diberikan kepada liputan bekalan elektrik. Sasaran dan KPI untuk peningkatan ini akan dikemukakan pada hujung bulan ini.